:: Gold Fish ::

Thursday, November 26, 2009

.:: Tanya Sama Hati ::.



Tak tau lah nape pepagi ni takde mood... asek nak marah ajer .... banyak benda yg aku rase serba tak kena ...
sakit kepala bile mengenangkannya .... tetiba aku teringat plak lagu
'Tanya Sama Hati'... huhuhuhu .. layannzzz aje lah, itu lah yg berlaku pd aku skrg ni,
bak kata pepatah, 'Ikut Hati Mati, Ikut Rasa Binasa' ... hmmmmm


P. Ramlee & Normadiah

Itulah Sayang

Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

Jikalau tidak kerana sayang
Kuntuman kasih tak mungkin kembang
Andainya jemu mengganti rindu
Jambangan mesra tentulah layu

Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra




Tuesday, November 24, 2009

.:: FATAL ERROR IN ACCOUNT ::.


Salam everyone,
gile terkezut aku bile pagi2 open email coz dpt mesej ni dari m2u.


ATTENTION: MAYBANK CUSTOMER

We blocked your account for security reasons after noticing several unauthorised third party login attempts. Your immediate attention is required to activate and restore access to your account.

REACTIVATE NOW

Note: We encourage you to immediately restore your account as limited accounts will be closed till further notice.

Sincerely,

Maybank Group


cepat2 aku call customer service selepas aku log in m2u kan... pagi2 ni sengal sikit kan...
so dia ckp ade org nk menipu my acc ... subhanallah, sape nk mendajal aku tu ... dah lah dalam acc tu duit mama, duit abah, duit elis n gaji aku masuk dalam acc tuh ...???

So pada korang yg dapat email dari http://www.fatalm2usolve.com jgn log in m2u... direct call customer service n mintak reset pwd .. penting ni, then kalau ade org call yg cakap acc kena block, cecepat call CS m2u mintak reset pwd ....





Sunday, November 22, 2009

.:: Mohon dipermudahkan urusan ::.


Salam everyone,

Sejak akhir2 ini, pelbagai dugaan yang melanda diri ku... Kurasakan segalanya sungguh perit utk melaluinya .... pelbagai usaha, pelbagai cara, semuanya menuju jalan buntu ...

Aku rasakan pelbagai perkara yang berlaku tu bagaikan batu yang sengaja dihumbankan aku drpd kealpaan dan kelalaian dari menjalani erti hidup yg sebenar...

Aku lalai dalam melaksanakan tanggungjawabku solat lima fardhu ,
Aku lalai dalam meneruskan zikir yang dulunya menjadi penenang jiwaku,
Aku lalai dalam mendalami ilmu agama dengan niat yang sebenar,
Aku lalai bersedekah bila aku dikurniakan rezeki olehNya,

Tuhan, terima kasih kerana sering mengingatkan ku apabila aku hampir melupakanMu, Sesungguhnya aku ini adalah hambaMu yang lemah , tetapi aku tahu... ini bukan alasan utk aku lemah untuk menerima setiap ujianMu, Aku sedar aku telah dikurniakan kekuatan untuk menghadapi setiap ujianMu...

Ya rahman.... berikanlan aku kekuatan dan petunjuk serta hidayahMu supaya aku menuju di jalan yang benar iaitu jalan yang Engkau redhai... Sesungguhnya aku sedar, setiap yang berlaku di dalam hidup ku pasti ada hikmah disebaliknya yang aku tidak akan ketahui sehingga Engkau memberi petunjukMu...

Ya Tuhanku, permudahkan lah segala urusanku , segala urusanku di dunia dan di akhirat serta berikanlah kebaikan kepada diriku, ibubapa, tunangku dan perniagaanku, sesungguhnya Engkau Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Amin......

Saturday, November 21, 2009

.:: Sup Bedengung ::.


Dah lama rasenya tak update blog nih ... bz dengan tugas harian disamping menguruskan cc.... pada bulan yang lepas tak silap aku awal bln 10 ... aku bersama my fiance sempat merasa sup bedengung di Nilai 3... huhuhu marvellous!! ... ni lah 1st time aku makan sup lembu yang tak hanyir dan tak sakit pale ... rasenya lain dari yang lain ... rugi bagi sesiapa yang pegi Nilai 3 tak singgang di food court utk merasa sup bedengung ... selain tu air kelapa nya pon fresh .... hehehe kalau g Nilai 3, mmg akan kami singgah di food court nih


antara menu kami
sup paru
mee bakso




Saturday, October 24, 2009

.:: Persiapan Majlis Perkahwinan ::.




Wedding Tickers



Hmmm... rasa mcm x percaya aje lagi 2 bln aku bakal melangsungkan perkahwinan ku bersama Affiz... InsyaAllah, byk juga persiapan yg telah kami lakukan, termasuk cr rumah sewa hehehe... saje nk hidup berdikari ...

Antara barangan yg telah kami beli ialah bunga pahar utk letak di pelamin, bunge telor utk tetamu plak aku gunakan kreativiti mama n aku lah ... nk wat kelainan siket ala2 tradisional gitu , lepas tu mggu lepas aku n affiz g Nilai 3 utk survey ... so sempat jugak lah aku beli wedding gift n paper bag... coz tgk harga berpatutan kan...

Baju nikah pon dah tempah ... baju tu semua aku tempah dgn kak wan, warna putih cream utk lelaki n utk aku putih pink... hehhehe... nk nmpk younger2 siket kan hehhe... Lepas tu abah baru balik dari Indonesia so rupenya abah belikan bahan baju utk nikah aku nanti, baju broket n batik jawa.... Alamak nk tak nak kenalah pkai baju ala2 jawa masa nikah nnt... x nmpk pelik ker...?? hehehe... smlm aku tempah baju tu upah nye aje RM100 haiya....

Kemudian antara persiapan yg dh kami buat ialah tempah mak andam ... hehehhe... amik full pakej yer, siap pelamin + baju berinai + baju sanding + tukar2 baju 4 pasang siap lelaki punye ( gaun , kot) (kimono) (puteri cina) (baju jawa) + bilik pengantin ( fresh flower ) + ( hantaran utk kedua2 belah pihak - fresh flower jugak ) ... semuanye RM2000++ ... ok ker..??

Hmmm kameran yg penting, pon aku dh tempah dgn member aku nih ... siap editing , amik pic masa nikah , tukar2 baju , mlm berinai , nikah n outdoor dia suggest amik kat Goald Coast Bagan Lalang... semua tu siap album bawah RM1000...

Selain tu, kad jemputan pon aku dh siap create ... buat sendiri aje tggl print color nnt ... tggl nnt aku dh order v-box sebanyak 1000pcs... tu share dgn abah lah ... aku nk 300pcs hehhehe... pon derang tgh siapkan artwork nye...

Ya Allah Ya Tuhanku aku bermohon kepadaMu permudahkan lah urusan Majlis Perkahwinan kami nanti , Amin....

Thursday, September 24, 2009

.:: Selamat Berhari Raya ::.


Kenangan bersama di rumah aku selepas mengemas rumah akibat banjir .... hehehe







Rasa mcm kurang besh ajer berhari raya pd tahun nih... Mane tak nye, abah 5 hari sebelum hari raya dah berlepas ke Jawa Tengah utk berhari raya bersama saudara2 yg ada di sana .... hrmmmm .... Mama pulak asek sedih aje coz abah takde di sisi semasa berhari raya .... Lepas tu dugaan lagi menimpa, rumah kami banjir lagi sebelum raya .....

Kemudian, kami terpaksa dipindahkan ke rumah kak ela, klau tak ketua kampung suoh kami pindah ke Balai raya ... tak mao lahhh kamik!!.... Mane taknye tak pernah2 banjir sampai paras paha ... masuk dalam umah plak tu.. jenuh gak lah mengangkt barang2...

Lepas hujan lebat raya kedua, panas terik plak ... Alhamdulillah banjir cepat surut, cepat2 ptg raya kedua kami bergegas balik bergotong royong mengemas rumah ...

Tapi, yg paling seronoknye tahun ni dapat berhari raya lagi bersama my fiancee... Alhamdulillah, 3 kali berhari raya kami tetap bersama ....

Semalam sempat juga aku mengikut affiz berhari raya bersama pakcik n makcik nye berhari raya ke Dengkil, Puchong n Klang ... Seronok sangat waktu dapat join derang ....





Thursday, September 10, 2009

.:: Bunga Telur 1 ::.


Hasil kreativiti my mom, bunge telor ala tradisional ... hehehe hampir siap dah ... tq mama ... luv u so much!!!

















Saturday, September 5, 2009

.:: Petua Kecantikan Part 2 ::.




:: PENAWAR GASTRIK ::
Minum air parutan kunyit yang dicampurkan dengan sedikit madu, ia juga boleh dicampurkan dengan kuning telur. Selamat Mencuba !

:: LEMBUT DAN HALUSKAN RAMBUT ::
Ambil sebatang daun lidah buaya dan dibuang kulit. Lendirnya disapukan ke seluruh rambut. Biarkan selama 10 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan selama 2 atau 3 kali seminggu. Pasti rambut akan kelihatan lembut , halus dan lebat. Ia sesuai bagi bayi yang baru bercukur.

:: HILANGKAN PANAU MUKA ::
Ambil seketul halia dan tumbuk sehingga lumat. Kemudian sapukan pada tompokan panau tersebut. Amalkan setiap malam sebelum tidur. InsyaAllah panau akan beransur hilang.

:: PENAWAR ANGIN AHMAR ::
Daging burung merpati, sama ada dibuat suo atau masakan lain. Banyak khasiat yang terdapat dalam si burung merpati. Ia juga sesuai untuk ibu mengandung. Selamat Mencuba!.

:: KURANGKAN SEMBAP MATA ::
Ambil uncang teh yang sudah diguna. Kemudian sejukkan uncang tersebut selama 15 minit. Selepas itu letakkan di atas mata bagi mengurangkan sembap tersebut.

:: KEMPISKAN PERUT ::
Ambil seketul halia dan sedikit asam jawa. Campur kedua-dua bahan tersebut. Sapukan pada perut dan biarkan selama 1 jam. Lakukan selama 45 hari setiap hari. Balut perut dengan tuala supaya ramuan meresap ke kulit. Selamat Mencuba!



Tuesday, September 1, 2009

.:: Petua Kecantikan Part 1 ::.


:: KURANGKAN KULIT BERKEDUT ::
Wanita akan mula rasa tertekan jika melihat kedutan di wajah. Petua yang disediakan ini mungkin dapat mengurangkan masalah yang dihadapi. Caranya aialah parut sebatang lobak merah kemudian campurkan dengan kuning telur dan tepung jagung. Kacau kesemua bahan-bahan hingga sebati. Lumurkan pada wajah dan amalkannya sekali dalam sehari. Sebelum tidur , bilas dengan air suam.

:: MENGHILANGKAN TANDA HITAM MATA ::
Kewujudan tanda hitam di bawah mata menjadikan penampilan kurang bermaya. Bagi mengembalikan keadaaan normal, anda boleh mencuba petua ini. Mula-mula , sediakan perahan lemon dan campurkan air suam. Sapukan ke bahagian bawah mata 2 kali sehari . Cara lain pula ialah dengan menyapu sedikit minyak sapi. Biarkan ia selama 10 sehingga 15 minit sebelum membilasnya. Seelok-eloknya petua ini dilakukan pada sebelah malam sebelum masuk tidur.

:: MENGECILKAN PAHA BESAR ::
Jintan boleh dijadikan penawar dalam mengatasi melangsingkan tubuh badan seperti perut dan juga paha.Caranya, rebus jintan. Biarkan mendidih seketika barulah diangkat. Tunggu air rebusan jintan itu sejuk dan setelah itu boleh lah diminum.Bagi melihatkan hasil positif , amalkan meminumnya sebanyak 2 atau 3 kali seminggu


Monday, August 31, 2009

.:: Ikan Siakap Kukus ::.


Salah satu menu kegemaran kami ialah siakap kukus yg pernah aku masak suatu ketika dulu ... Affiz cakap "Marvellous, bleh masak lagi mcm nih" ... Mmg besh resipi nih ... Tp masa tu aku tambah kepah sikit ... kebetulan ade kepah siket so aku campak je kat loyang pengukus tu hehehe ...

Bahan-bahan ( 5 - 6 orang )

  • 1 ekor ikan siakap (ikan merah/kerapu atau ikan bawal putih pun ok(
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/2 camca teh tepung jagung
  • 1/2 camca teh lada sulah
  • 3 camca besar jus limau kasturi*
  • 1 1/2 camca besar minyak masak*
  • 1 1/2 camca teh gula*
  • 1/2 camca teh garam*
  • 5 - 10 biji cili padi, dihiris*
  • 2 batang serai, dihiris halus*
  • 1/2 kuntum bunga kantan, dihiris*
  • 1 helai daun limau purut, dihiris halus*
  • 1/2 inci halia muda. dihiris halus*
  • 2 ulas bawang putih, dihiris halus*
  • 1/2 camca teh tepung jagung*
  • 1/2 camca teh serbuk pati ikan bilis atau 1/2 kiub pati ikan bilis maggi*.

  • Cara-cara
  1. Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah. Ketepikan sementara membuat sosnya.
  2. Dalam satu bekas satukan kesemua bahan sos (yang bertanda '*") hingga sebati. Ketepikan.
  3. Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya. Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih. Siap untuk dihidangkan dgn nasi hangat.
  4. Selok-eloknya dimakan segera selepas proses mengukus.

p/s :- Lupe plak, resepi ni aku cedok dari Myresipi.com

.:: Syukur Alhamdulillah ::.


Aku rase bersyukur sangat di atas perubahan yg telah di lakukan oleh My Fiancee ... Perubahan yg ketara iaitu perubahan yg positif lah ... Nampaknye apa yg ku harapkan sudah termakbul ... Terima kasih Tuhan.... Tak sangka ada hikmah di sebaliknya apabila kami duduk berjauhan nih ... Sebabnya dah tak macam dulu .. Dulu, masa kami tinggal berdekatan ... Jumpe aje asek nk bergaduh .. Tp, skrg Alhamdulillah laa ... Dia pon skrg nmpk nye mcm dh matured .... Aku harap perubahan yg positif ini adalah utk selamanye ....

Ramai yg cakap , dia dh berubah .. Muka pon dah naik seri ... ??? Malah, abg etok aku pon ade cakap yg Affiz skrg dh makin handsome ...?? Ni yg buat aku risau nih ... hehehe tp pe pon aku harap dan sentiasa berdoa agar perhubungan kami akan kekal hingga ke akhir hayat ... Aman dan bahagia .... di restuai oleh Allah swt n keluarga .... Amin...




Saturday, August 29, 2009

.:: Ayer Keroh, Melaka ::.


Semalam aku berkesempatan g Jasin,Melaka coz temankan affiz g Kursus Penyediaan Makanan di MRSM Jasin iaitu tempat beliau bekerja. Emergency... bukan pe dia nk balik asek hujan je, kursus tu plak penting ... Dia nk balik naik motor tp aku yg x bagi coz riso hujan x berhenti dari ptg kelmarin... So, Alhamdulillah sampai jugak aku ke sana ... Bertolak dari rumah kul 5.50 dan sampai sana kul 8.15 pg... Gilerrr, hujan dari rumah sampai ke tol ayer keroh tak berhenti2....

Seronok sgt dpt temankan dia g sane .... akhirnya dapat jugak aku tgk tempat dia bekerja hehehe... kursus mula kul 9.00 smpi 1.15 ptg... aku tdo kat dalam keta aje pastu bile boring aku jejalan kat kawasan MRSM tuh... luas gile n sejuk mata memandang coz lanskap nye yg mendamaikan ...

Balik kursus, temankan dia g solat jumaat than, jejalan kat ayer keroh .... x berapa besh sgt lah nk berjalan smlm coz selain berpuasa, hujan n x ramai pengunjung ... Kami berkesempatan singgah di tempat kereta lembu, taman mini malaysia dan kampung buku malaysia ... tp just lalu je x singgah pon ...

Bertolak dari Tol ayer keroh kul 3.30 sampai tol nilai 4.30 than, kami suggest nk tgk barang kawin kat nilai 3 n berbuka di sana ... Ingat nk makan Sup Bedengung... tp kedai tutup plak nye hehehe ... Aku sempat beli bekas telor sebanyak 500 pcs utk Majlis kami nanti... Than, balik dari Nilai 3 kami singgah di Bazar Kota Warisan, tgk member berniaga di sana ... Lepas tu beli serba sedikit kami sempat berbuka di Char Kuey Teow Banting ... hehehe ... Seronok berjalan2 dgn Affiz hari ini walaupon tgh berpuasa, cuaca yg sejuk tidak meletihkan.

-: dalam kereta :-
-: Kat Tmn Mini Malaysia :-
-: hubby pose kat kereta lembu :-
-: Hehehe tak dapat naik amik gambo je pon jadilah :-



 

Beautifull LiFe Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino