Sunday, October 9, 2011

-: Nasi Ayam Special :-

Created By :- @dEk ManJ@ pada 2:05 PM
Salam semua ... harap hari ini semua ceria-ceria selalu .... jgn monyok2 hokey ... hihihi , sebenarnya dh lama sgt nak try buat Nasi Ayam ni ... mmg tak pernah buat sndr rasenye ... Alhamdulillah akhirnya hajat kesampaian .... hubby ckp sedap mcm kat kedai makan ... hehehe jom layan resepi yg simple ini

Bahan-bahan :-
A. Sup
1/2 ekor ayan di bersihkan dan di rebus hingga empuk bersama 1 bgks sup bunjut, halia ketuk dan air secukupnya .

Bawang besar - 1 biji (hiris halus)
Bawang putih - 2 biji (hiris halus)
Halia - 1 inci (hiris halus)
Kulit kayu manis - 2 batang
Bunga lawang - 3 biji
Buah Pelaga - 3 biji
Cengkih - 3 biji
Marjerin - 3 sudu

Daun sup

Cara-caranya :-
- Panaskan marjerin , kemudian tumis bahan-bahan tersebut sampai wangi
- Bahagikan kpd 2 iaitu masukkan sedikit ke dalam sup dan nasi

B: Nasi
- Cuci 3 cawan beras dan toskan
- Masukkan kedalam periuk yang sudah ade bahan tumisan dan 5 cawan air rebusan sup

C: Ayam
- Keluarkan ayam dari sup dan letakkan ke dalam mangkuk berasingan bersama 1/2 cawan sup, letak kicap manis dan perap selama 1/2 jam
- Kemudian golekkan bersama putih telur 1 biji dan goreng dgn minyak banyak sehingga garing

D: Sos
- Cili besar - 2 biji
- Cili Api - 3 biji
- Bawang putih - 1 biji
- Tomato - 1 biji
- Sos cili - 3 sudu

Caranya:
- Kisar kesemua bahan tersebut bersama air masak, kemudian perasakan dgn garam & gula.

Ulam-ulaman:-
Kemudian hias Nasi Ayam tersebut dgn ulam seperti Salad, Timun dan Tomato


Selamat Mencuba !!!!


0 komen:

 

Blog AdekManja Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea